Versi 2026-10-22-r5 · Dikemas kini: 22 Oktober 2026
Polisi ini menerangkan data peribadi yang LamanKasih kumpul, sebab ia dikumpul, siapa boleh melihatnya, berapa lama ia disimpan dan hak anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) seperti dipinda pada 2024. Polisi ini terpakai kepada pengantin atau penempah, dan juga kepada tetamu yang membuka kad.
Pengendali: LamanKasih ialah nama dagangan yang dikendalikan secara persendirian di Malaysia. LamanKasih bukan syarikat dan tidak didaftarkan dengan SSM.
Hubungi: WhatsApp 018 385 0092
Laman web: https://lamankasih.pages.dev
1. Data yang kami kumpul
Daripada pengantin atau penempah:
- Nama penempah dan nombor telefon (WhatsApp).
- Butiran kad: nama pengantin, nama penuh, nama ibu bapa, tarikh, masa, tempat majlis, link lokasi, aturcara, nama dan nombor telefon untuk dihubungi, serta ucapan pilihan.
- Butiran salam kaut (jika diaktifkan): nama pemegang akaun, nama bank, nombor akaun dan gambar DuitNow QR. Ini maklumat kewangan, jadi masukkan hanya jika anda mahu ia dipaparkan kepada tetamu.
- Foto galeri yang anda upload.
- Resit bank transfer untuk tempahan dan sambung tempoh.
- Password dashboard (disimpan dalam bentuk hash, bukan teks asal).
Daripada tetamu:
- RSVP: nama, nombor telefon, bilangan tetamu (pax), status kehadiran dan mesej pilihan.
- Ucapan: nama dan mesej ucapan.
- Check-in di majlis: nama, bilangan tetamu dan masa check-in.
- Foto galeri (jika pengantin membenarkan tetamu upload).
- Senarai jemputan yang dimasukkan oleh pengantin (nama, nombor telefon dan kumpulan) untuk Hantar Reminder via WhatsApp (pengantin sendiri yang menghantar mesej melalui WhatsApp, bukan secara automatik). Data ini diberi oleh pengantin, bukan oleh tetamu sendiri.
Data teknikal:
- Alamat IP, untuk had cubaan (rate limit) dan mencegah spam. Rekod ini dipadam dalam masa lebih kurang 1 hari.
- ID device rawak, lihat bahagian 7.
Kami tidak meminta data peribadi sensitif seperti maklumat kesihatan, agama atau nombor kad pengenalan. Sila jangan masukkan data sebegini dalam ucapan atau butiran kad.
2. Tujuan dan asas penggunaan
- Menyediakan, memaparkan dan menyelenggara kad jemputan digital dan dashboard.
- Menyemak resit secara manual, mengaktifkan kad dan menghubungi anda tentang tempahan melalui WhatsApp (mesej dihantar secara manual oleh kami, bukan automatik).
- Membolehkan pengantin melihat RSVP, ucapan dan check-in, serta menghantar reminder kepada jemputan.
- Keselamatan sistem, backup, pencegahan spam dan penipuan.
Kami memproses data atas persetujuan anda (tanda semak semasa menempah, atau apabila tetamu menghantar RSVP, ucapan atau foto) dan kerana ia perlu untuk melaksanakan perkhidmatan yang anda tempah. Kami tidak menjual, menyewa atau menggunakan data anda untuk iklan atau pemasaran.
Wajib atau pilihan: nama, nombor telefon dan resit wajib untuk menempah. Tanpanya kami tidak dapat menyediakan kad. Untuk tetamu, nama wajib untuk RSVP dan ucapan. Data lain adalah pilihan.
3. Tanggungjawab pengantin terhadap data tetamu
Pengantin yang memasukkan senarai jemputan atau memuat turun senarai RSVP (CSV) bertanggungjawab memastikan mereka berhak menggunakan nombor telefon tersebut, hanya menggunakannya untuk majlis, dan menjaga Password dashboard serta fail yang dimuat turun. Jangan kongsi Password dashboard kepada orang yang tidak sepatutnya.
4. Siapa yang boleh melihat data
- Sesiapa yang ada link kad: butiran majlis, nama pengantin dan ibu bapa, galeri, ucapan yang tidak disembunyikan, nama dan nombor telefon untuk dihubungi, dan butiran salam kaut (jika diaktifkan). Link kad tidak dilindungi Password, jadi sesiapa yang menerima link boleh membukanya.
- Pengantin (dashboard dengan Password): senarai RSVP termasuk nombor telefon tetamu, ucapan, check-in, galeri dan senarai jemputan.
- LamanKasih: semua data di atas serta resit, hanya untuk pengesahan bayaran, sokongan, penyelenggaraan dan keselamatan.
- Penyedia perkhidmatan (pemproses data): Supabase (pangkalan data dan storan fail), Cloudflare (hosting laman web dan storan backup) dan Google Drive (salinan backup luar tapak). Mereka memproses data bagi pihak kami sahaja.
- Pihak berkuasa: jika diwajibkan oleh undang-undang atau perintah mahkamah.
5. Data disimpan di luar Malaysia
Server Supabase, Cloudflare dan Google berada di luar Malaysia. Dengan menggunakan LamanKasih, anda faham data anda akan dipindahkan dan disimpan di luar Malaysia. Kami memilih penyedia yang mempunyai kawalan keselamatan yang diiktiraf, menyulitkan sambungan (HTTPS) dan menghadkan akses kepada data.
6. Tempoh simpanan dan pemadaman
- Kad dan semua data berkaitan (RSVP, ucapan, check-in, senarai jemputan, foto galeri, DuitNow QR) dipadam daripada sistem dalam talian 90 hari selepas kad tamat tempoh, melainkan tempoh kad disambung.
- Tempahan yang tidak diluluskan atau dibatalkan: data peribadi dipadam daripada sistem dalam talian 90 hari selepas kemas kini terakhir.
- Sebelum dipadam, data kad, tempahan dan resit bayaran diarkibkan ke storan luar talian milik LamanKasih yang tidak boleh diakses melalui internet awam. Arkib ini hanya digunakan untuk rekod, pertikaian dan keperluan undang-undang.
- Resit bayaran turut dipadam daripada sistem dalam talian selepas salinannya disimpan dalam arkib luar talian. Rekod ringkas tempahan (nombor rujukan, design, tempoh, jumlah bayaran dan tarikh) disimpan untuk rekod perakaunan dan cukai.
- Salinan backup disimpan sehingga 30 hari, kemudian dipadam. Data yang telah dipadam daripada sistem utama mungkin kekal dalam backup sehingga tempoh ini tamat.
7. localStorage dan ID device
Kami tidak menggunakan cookies iklan, analytics atau penjejakan pihak ketiga. Browser anda menyimpan data kecil berikut dalam localStorage di device/peranti anda:
- ID device rawak (lk:device): nombor rawak yang tidak mengandungi nama atau nombor telefon anda. Ia dihantar bersama RSVP untuk menghadkan spam (beberapa RSVP setiap device/peranti dalam tempoh tertentu).
- Salinan RSVP anda untuk kad tersebut (nama, kehadiran, pax dan nombor telefon), supaya anda boleh melihat dan mengemas kini RSVP kemudian.
Data ini kekal di device/peranti anda sehingga anda clear data browser. Sesi dashboard tidak disimpan dalam localStorage; Password perlu dimasukkan setiap kali dashboard dibuka.
Lihat Preview Kad: preview di borang tempahan dibina terus dalam browser anda. Butiran dan foto yang anda pilih untuk preview kekal di device/peranti anda, tidak dihantar kepada kami dan tidak disimpan. Preview tidak mempunyai link yang boleh dikongsi.
8. Kanak-kanak
Tempahan hanya boleh dibuat oleh individu berumur 18 tahun ke atas. Tetamu di bawah 18 tahun sepatutnya menghantar RSVP, ucapan atau foto dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga boleh meminta data kanak-kanak dipadam melalui saluran di bahagian 11.
9. Hak anda
Anda (termasuk tetamu) berhak untuk:
- Akses: meminta salinan data peribadi anda yang kami simpan.
- Pembetulan: membetulkan data yang tidak tepat. Pengantin boleh mengedit butiran kad sendiri di dashboard. Tetamu boleh mengemas kini RSVP melalui kad dari device/peranti yang sama.
- Tarik balik persetujuan dan pemadaman: meminta kami berhenti memproses atau memadam data anda lebih awal. Bagi pengantin, ini bermakna kad akan dihentikan.
- Salinan data (portability): pengantin boleh Download CSV senarai tetamu di dashboard. Untuk data lain, minta melalui WhatsApp dan kami akan sediakan fail dalam format CSV atau JSON.
- Hadkan pemprosesan dan elak pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau distress.
Hubungi WhatsApp 018 385 0092 dengan menyatakan link kad, nama anda dan permintaan anda. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dahulu. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari. Tetamu juga boleh meminta pengantin menyembunyikan ucapan. Jika tidak berpuas hati, anda boleh membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (www.pdp.gov.my).
10. Keselamatan dan pelanggaran data
Dashboard dilindungi Password dan link peribadi, cubaan log masuk dihadkan, resit disimpan dalam storan peribadi, dan akses pangkalan data dikawal. Namun tiada sistem dalam talian yang selamat sepenuhnya. Jika berlaku pelanggaran data yang mungkin menyebabkan kemudaratan ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi secepat mungkin (dalam 72 jam) dan memaklumkan pihak yang terjejas melalui WhatsApp tanpa kelewatan yang tidak wajar.
11. Hubungi kami
Pertanyaan, permintaan data atau aduan privasi: WhatsApp 018 385 0092.
12. Perubahan polisi
Kami mungkin mengemas kini polisi ini. Versi dan tarikh terkini dipaparkan di atas. Perubahan besar akan dimaklumkan kepada pengantin yang kad mereka masih aktif.
Lihat juga Terma Perkhidmatan. Jika terdapat percanggahan antara versi bahasa, versi Bahasa Melayu ini terpakai.