Versi 2026-10-22-r5 · Dikemas kini: 22 Oktober 2026
Terma ini ialah perjanjian antara anda (penempah) dan LamanKasih. Dengan menanda kotak persetujuan semasa menempah, anda bersetuju dengan terma ini dan Polisi Privasi. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk menempah.
Pengendali: LamanKasih ialah nama dagangan yang dikendalikan secara persendirian di Malaysia. LamanKasih bukan syarikat dan tidak didaftarkan dengan SSM.
Hubungi: WhatsApp 018 385 0092
Laman web: https://lamankasih.pages.dev
1. Perkhidmatan
LamanKasih menyediakan kad jemputan perkahwinan digital dengan link untuk dikongsi kepada tetamu, serta dashboard yang dilindungi Password untuk pengantin (RSVP, ucapan, galeri, salam kaut, check-in, senarai jemputan dan Hantar Reminder via WhatsApp, yang membuka WhatsApp dengan mesej siap untuk anda hantar sendiri, bukan secara automatik). Features yang ada dipaparkan di halaman katalog dan borang tempahan.
2. Tempahan, harga dan bayaran
- Harga, tempoh dan jumlah bayaran dipaparkan dengan jelas di borang tempahan sebelum anda membayar. Jumlah yang dipaparkan semasa anda menempah ialah jumlah yang terpakai.
- Bayaran dibuat melalui bank transfer atau DuitNow QR ke akaun yang dipaparkan di borang tempahan. Upload resit selepas membayar.
- Kontrak terbentuk apabila kami meluluskan tempahan anda. Setiap resit disemak secara manual, biasanya dalam masa 24 jam. Kad aktif selepas tempahan diluluskan.
- Sebelum menghantar, semak semula butiran di borang. Jika tersilap, anda boleh membetulkan butiran kad di dashboard selepas kad aktif, atau hubungi kami.
3. Tempoh kad dan sambung tempoh
- Kad aktif sebaik tempahan diluluskan dan kekal aktif sehingga tarikh majlis ditambah tempoh yang dipilih. Tarikh tamat dipaparkan di halaman Semak Tempahan dan dashboard.
- Anda boleh memohon sambung tempoh melalui dashboard atau halaman Semak Tempahan. Tempoh tambahan dikira dari tarikh tamat semasa, atau dari tarikh kelulusan jika kad sudah tamat.
- Selepas tamat tempoh, tetamu tidak lagi boleh membuka kad. Data kad diarkibkan secara luar talian dan kemudian dipadam daripada sistem dalam talian 90 hari selepas tamat tempoh. Resit bayaran juga diarkibkan secara luar talian sebelum dipadam, dan rekod ringkas tempahan disimpan untuk rekod perakaunan.
4. Pembatalan dan bayaran balik (refund)
- Sebelum tempahan diluluskan: anda boleh membatalkan melalui WhatsApp. Jika wang sudah diterima, bayaran penuh dikembalikan ke akaun asal dalam masa 14 hari.
- Resit tidak dapat disahkan: anda boleh upload resit yang betul. Jika anda tidak mahu meneruskan, bayaran penuh dikembalikan selepas kami sahkan wang telah diterima.
- Selepas tempahan diluluskan: tiada bayaran balik. Ini termasuk jika majlis ditunda atau dibatalkan, atau anda berubah fikiran. Anda boleh mengemas kini tarikh dan butiran majlis sendiri di dashboard.
- Bayaran sambung tempoh dikendalikan dengan cara yang sama: refund penuh hanya jika dibatalkan sebelum diluluskan.
- Polisi tiada bayaran balik ini terpakai setakat dibenarkan undang-undang, termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999.
5. Kandungan anda
- Anda bertanggungjawab ke atas semua maklumat, foto dan teks yang anda masukkan, dan memastikan anda berhak menggunakannya, termasuk hak cipta foto dan izin orang dalam foto.
- Hak cipta foto kekal milik anda atau pemiliknya. Anda memberi LamanKasih kebenaran terhad untuk menyimpan, mengubah saiz dan memaparkan foto tersebut di kad anda sahaja, sepanjang tempoh kad sehingga ia dipadam. Kami tidak menggunakan foto anda untuk promosi tanpa izin bertulis anda.
- Tidak dibenarkan: kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia, lucah, jelik, palsu, mengancam, berunsur kebencian, menghina mana-mana kaum, agama atau Raja, atau melanggar hak cipta atau privasi orang lain.
- Kad hanya untuk jemputan majlis, bukan untuk iklan, penipuan atau kutipan wang yang tidak berkaitan.
6. Ucapan dan foto tetamu
- Tetamu yang menghantar ucapan atau foto bersetuju kandungan itu dipaparkan di kad dan mesti mematuhi larangan di bahagian 5. Kandungan jelik atau menyinggung boleh menjadi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Pengantin boleh menyembunyikan ucapan tetamu melalui dashboard dan sepatutnya memantau ucapan.
7. Aduan dan penurunan kandungan (takedown)
Sesiapa (termasuk pemilik hak cipta atau orang dalam foto) boleh melaporkan kandungan melalui WhatsApp 018 385 0092 dengan menyatakan link kad dan kandungan berkenaan. Kami akan menyemak secepat mungkin dan boleh menyembunyikan atau memadam kandungan, atau menggantung kad, jika ia melanggar terma ini atau undang-undang. Penggantungan kerana pelanggaran serius tidak layak untuk bayaran balik. Kami juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa jika diminta secara sah.
8. Design
- Design kad adalah tetap mengikut pilihan di katalog. Anda boleh mengubah teks, butiran majlis, galeri dan features, tetapi susun atur, warna dan hiasan tidak diubah suai secara khusus.
- Paparan mungkin sedikit berbeza mengikut device/peranti dan browser.
- Design, kod dan logo LamanKasih adalah hak cipta LamanKasih dan tidak boleh disalin untuk kegunaan lain.
9. Password dan link
Jaga Password dashboard anda dan jangan kongsi dengan orang yang tidak sepatutnya. Link kad boleh dibuka oleh sesiapa yang menerimanya, jadi kongsi dengan berhati-hati. Lupa Password? Hubungi kami melalui WhatsApp untuk reset.
10. Ketersediaan dan had tanggungjawab
- Kami menyediakan perkhidmatan dengan cermat dan kemahiran yang munasabah. Gangguan sementara mungkin berlaku disebabkan penyelenggaraan atau penyedia pihak ketiga (Supabase, Cloudflare). Kami akan membaikinya secepat mungkin.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas wang salam kaut yang dihantar terus oleh tetamu ke akaun anda, atau kesilapan butiran akaun yang anda masukkan.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, jumlah tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk kad berkenaan, dan kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung (contohnya kos majlis atau tetamu yang tidak hadir).
- Had ini tidak terpakai kepada kerugian akibat kecuaian teruk atau penipuan kami, atau kepada hak yang tidak boleh dikecualikan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
11. Perubahan terma
Kami mungkin mengemas kini terma ini. Versi terkini dipaparkan di atas. Tempahan sedia ada tertakluk kepada versi yang anda persetujui semasa menempah (versi ini direkodkan bersama tempahan anda).
12. Undang-undang dan pertikaian
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sila hubungi kami dahulu untuk menyelesaikan sebarang masalah. Anda juga boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (KPDN).
13. Hubungi kami
Sebarang pertanyaan, pembatalan, refund atau aduan: WhatsApp 018 385 0092.
Lihat juga Polisi Privasi.